Cara aktifkan kad ATM CIMB untuk penggunaan luar negara - Nothing to Somethings

Cara aktifkan kad ATM CIMB untuk penggunaan luar negara

Mesti korang pernah kan alami masalah tak cukup duit masa bercuti ke luar negara. Lebih-lebih lagi bila korang kaki shooping atau terjejakkan kaki ke tempah barang murah. W/pun niat untuk membeli tu tiada dalam plan, tapi kalau barang dah terlalu murah + cantik + sukar nak dapat kat Malaysia, confirm memang akan teringin. 

kad ATM Cimb
Kad ATM CIMB

Jadi dalam artikle ni saya kongsikan cara bagaimana untuk aktifkan kad ATM untuk pengeluaran luar negara. W/pun korang dah berada di luar negara, korang masih boleh aktifkan kad ATM janji dalam akaun ada duit, bawa kad ATM masa bercuti dan korang bawa handphone. Mungkin ada sesetengah orang akan tinggalkan kad ATM dirumah, tapi bagi saya kad yang mempunyai pelbagai fungsi (yang telah diaktifkan fungsi online) perlu dibawa. 

Bagi saya, sesiapa yang tiada kad kredit, korang wajib tahu cara aktifkan kad ATM untuk pengeluaran luar negara. Ini kerana, pengaktifan kad ATM untuk pengeluran antarabangsa bukan sahaja boleh digunakan untuk berbelanja tapi penting untuk aktifkan bila berlaku kecemasan yang mendesak korang mengeluarkan duit dalam jumlah yang banyak. Memandangkan pengaktifan ni saya lakukan kepada kat ATM cimb, jadi saya hanya akan kongsikan cara untuk aktifkan kad ATM Cimb sahaja. Tapi sebelum tu pastikan korang ada akaun Cimbclicks.


Cara aktifkan kat ATM CIMB untuk penggunaan luar negara

1- Login ke website Cimbclicks
2- Pilih "services"
3- Pilih "overseas spending and withdrawl"
4- Klik pada nombor kad yang tertera
5- Klik "change status to" dan pilih sama ada temporary atau permanent.
6- Masukkan tarikh aktif dan tarikh deactived kad.
7- Lepas dah confirm, klik submit. 
8- Klik request TAC
9- Masukkan nombor TAC dan klik submit
10- Selesai

Senang kan!!

Lepas ni korang dah tak perlu pening-pening atau termimpi-mimpi kalau duit tak cukup masa bercuti sebab korang dah tahu bagaimana cara untuk membuat pengeluaran duit di luar negara dengan kad ATM. Mengikut pengalaman, selepas duit dikeluarkan dari mesin ATM luar negara, satu mesej akan di kirim oleh pihak Cimb bagi memaklumkan tentang pengeluran tersebut. Jadi, sekiranya korang tidak membuat pengeluaran tersebut korang boleh hubungi nombor tertera pada kad ATM untuk mematikan fungsi pengeluaran buat sementara waktu sehingga korang menukar kepada kad baru. 

Notes: 
Untuk hubungi CIMB, sebolehnya gunakan nombor telefon yang ada di belakang kad ATM dan elakkan menggunakan nombor yang dikirim melalui SMS. Ini bagi mengelakkan berlaku penipuan dan sebagainya. 

Cara aktifkan kad ATM CIMB untuk penggunaan luar negara Cara aktifkan kad ATM CIMB untuk penggunaan luar negara Reviewed by Lah Mohd on 13:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.